Tuesday, October 26, 2010

25 Oktober 2010 : 7.00 pm

saya ke pantai untuk melihat matahari terbenam,bersandar di pokok dan bermain gitar. tiba-tiba gelagat seorang gadis yang benar-benar mencuri tumpuan saya terhadap alunan merdu gitar yang sedang saya mainkan.berdiri di pergigian air laut,dan itu sedikit menjejaskan pemandangan saya untuk melihat matahari terbenam..angin yang tadi sepoi-sepoi bahasa seakan memahami diri saya yang sedang protes segera bertukarkan menjadikan angin yang sepoi-sepoi bahasa menjadi angin yang "tak reti bahasa" dan menyebabkan gadis tadi memalingkan muka menghadap saya,mungkin kerana angin yang kuat tadi telah menyebabkan pasir-pasir halus terkena mukanya.

alangkah terkejut saya melihat wajah gadis tersebut seiras wajah yang telah hilang dari pandangan saya sejak berminggu-minggu yang lalu..saya segera melangkah kearahnya untuk memastikan adakah dia orang yang sedang saya cari. tingkah lakunya agak dingin sewaktu saya menegurnya,garang pun ada tapi masih comel.dalam hati terdetik "mungkin muslim sebab berkerudung",disebabkan saya di Maldives jadi saya pun dengan poyonya "speaking"..tapi dia membalas dalam bahasa Melayu. Wah! org Maldives pun fasih berbahasa Melayu kah??

tidak lama selepas itu dua orang lelaki datang..alamak,perempuan ni pakai body guard pulak.anak rajakah?tuan puteri dari dunia buniankah??

dia berlalu meninggalkan saya yang dalam keadaan terpaku melihatnya..potong stim betul guard ni!
dah-dah jom balik bilik....(marah ni)

boleh saya buat muka macam ni?  
ataupun macam ni lagi ok?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.